KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
10 Jul 2014 13:33:25

Terma dan Syarat
 
Anda sekarang dalam proses mendaftarkan syarikat dengan Kementerian Kewangan melalui ePerolehan. Untuk meneruskan penghantaran permohonan, anda dikehendaki menyediakan dan menghantar kesemua maklumat secara atas talian. Anda juga dikehendaki untuk menghantar kesemua dokumen sokongan yang berkaitan sejurus selepas anda mengisytiharkan permohonan atas talian anda.
 
Dengan menyerahkan permohonan pendaftaran secara atas talian melalui ePerolehan, anda telah bersetuju untuk terikat dengan syarat dan terma yang termaktub dalam Terma Perkhidmatan Piawaian ePerolehan dan sebarang perubahan yang dilakukan ke atasnya dari semasa ke semasa. Anda adalah dinasihatkan supaya membaca dengan teliti dan memahami kesemua syarat dan terma bagi Terma PerkhidmatanPiawai sebelum menandatangani Borang Pengisytiharan dan menyerahkan permohonan pendaftaran anda.
 
Peringatan:

1. Permohonan pendaftaran anda hanya akan diproses sekiranya kesemua dokumen yang diperlukan, contohnya Borang Pengisytiharan Kementerian Kewangan, dan kesemua dokumen sokongan lain yang berkaitan telah diterima oleh Kementerian Kewangan.
   
2. Sekiranya anda memilih untuk menyerahkan secara luar talian, sila pastikan anda telah mencetak salinan Borang Pengisytiharan Kementerian Kewangan, turunkan tandatangan dan serahkan bersama-sama dengan kesemua dokumen sokongan yang berkaitan kepada Kementerian Kewangan, kepada alamat yang berikut:-
  
Untuk Semenanjung Malaysia:
Unit Pendaftaran Kontraktor
Bahagian Perolehan Kerajaan
Kementerian Kewangan
Tingkat Bawah, Blok Utara
Precint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya
       
Untuk Sabah:
Unit Pendaftaran Kontraktor
Bahagian Perolehan Kerajaan
Perbendaharaan Malaysia Sabah
Tingkat 2 Rumah Persekutuan
Jalan Mat Salleh
88592 Kota Kinabalu Sabah.
       
Untuk Sarawak:
Unit Pendaftaran Kontraktor
Bahagian Perolehan Kerajaan
Perbendaharaan Malaysia Sarawak
Tingkat 16 Bangunan Sultan Iskandar
Jalan Simpang Tiga
93592 Kuching Sarawak
   
3. Pembekal yang berurusan dengan Kerajaan Persekutuan hendaklah memiliki sekurang-kurangnya 1 Medium Akses ePerolehan bagi memenuhi syarat eP Enabled selaras dengan Surat Arahan Perbendaharaan(capaian: Surat Arahan Perbendaharaan Bil KK/eP10/741/2/66(91)).
  i) ePXS USB Crypto Token
   
  
Jenis Medium Akses ePerolehan
 3 tahun
ePXS USB Crypto TokenRM 199.00
   
4. Setelah anda berjaya melengkapkan Borang Pengisytiharan, sila simpan satu rekod No. Rujukan Permohonan sebagai rujukan.
   
5. Sijil bagi pendaftaran yang diluluskan hanya akan dicetak apabila Bayaran Pendaftaran berharga RM450 untuk 3 tahun tempoh sah dibayar sepenuhnya kepada Commerce Dot Com Sdn. Bhd.
   
6. Yuran Perkhidmatan: Caj 0.8 % akan dikenakan kepada setiap pesanan pembelian yang tidak melebihi RM1,200,000.00. Bagi setiap pesanan pembelian berjumlah RM1,200,000.00 atau lebih, satu kadar tetap iaitu sebanyak RM9,600.00 akan dikenakan.
   
7. Untuk menyemak status permohonan pendaftaran, anda boleh log masuk menggunakan ID dan Katalaluan yang telah anda cipta semasa mengemukakan permohonan anda dahulu.
   
 dengan terma dan syarat di atas.   
 



Copyright © Commerce Dot Com Sdn. Bhd., 2007. All Rights Reserved